rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

bErBINCAng berSamA-SamA

Monday, 28 March 2011

Gelagat pelajar-pelajar semasa P&P berlansung

Tahun : 5 Maju
Tarikh : 25 Mac 2011
Bidang :Membuat corak dan rekaan
Aktiviti : Membuat corak (guntingan dan lipatan, stensil)
Tajuk : Corak terancang menggunakan rupa bebas

Murid menyiapkan tugasan yang diberikan:





 Diakhir pelajaran, murid membuat refleksi:




Hari pertama kelas..

Alhmdulillah hari ini merupakan hari pertama saya memasuki kelas. Ini bermakna hari pertama saya mengajar di dalam kelas. Tidak dapat digambar perasaan saya ketika ini. Namun sebelum masuk kelas seperti biasa kami akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar sebarang ucapan atau pesanan daripada guru.semasa di perhimpunan sorang guru memberikan saya jadual untuk menggantikan masa cikgu yang tidak hadir.Sampai di kelas tersebut saya memerhatikan keadaan kelas.Apa yang paling saya pentingkan ialah kebersihan. Kerana dengan kelas yang bersih barulah pelajar akan selesa untuk belajar. Semasa memasuki kelas itu saya telah membahagikan mereka kepada beberpa kumpulan kerana ia akan menyenangkan kerja saya untuk keesokan hari.

Tepat jam 10.05 pagi saya telah melangkahkan kaki ke kelas 2H. Itu merupakan kelas pertama yang saya masuki untuk mengajar. Hari ini saya memilih tajuk membentuk kraf tradisional dan saya meminta mereka untuk membuat ikan. Set induksi hari ini ialah mereka perlu menyanyikan lagu ikan kekek mengikut lagu yang dimainkan:
 
Semasa proses membuat ikan saya lihat mereka sangat teruja 90% dapat mengikuti apa yang saya ajar dan 10% lagi perlukan lebih perhatian. akhir pelajaran saya memilih beberapa orang untuk membuat refleksi. dibawah menunjukkan gambar semasa mereka membuat refleksi di kelas:



Murid menyanyikan lagu ikan kekek diikuti pergerakan ikan menggunakan origami ikan yang mereka buat. Beberapa contoh gambar dibawah dirakam semasa mereka membuat pergerakan:



Monday, 21 March 2011

Hari Kedua Berpraktikum

Pada jam 7.05pagi saya bertolak Sk Seri penanti bersama rakan sekelas. Setelah sampai disana kami menuju ke pejabat untuk memndatangani rekod kehadiran seperti guru-guru lain.

Kemudian kami menuju ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan harian. Walaupun ianya merupakan perhimpunan harian namun kesemua murid dan guru wajib berada di tapak perhimpunan. Segala informasi, maklumat, teguran dan nasihat diberikan semasa perhimpuanan tersebut. perkara palaing menarik hati semasa perhimpuan tersebut ialah guru menjemput seorang murid membacakan sifir secara berlagu dan diikuti semua murid lain.Teknik ini amat menarik hati saya kerana saya kerana sepanjang pengalaman PBS saya tidak pernah melihat situasi tersebut di sekolah, ini membuatkan saya tersenyum sendiri.

Seterusnya tiba giliran guru besar memberikan ucapan. Disini dapat saya lihat guru besar sangat tegas dengan murid dan guru. Namun tegas bukan bermakna garang. Segala teguran, nasihat dan galakan telah beliau berikan sepanjang ucapan tersebut. Seterusnya perhimpunan ditamatkan.

Namun guru-guru tidak dibenarkan bersurai, semua guru dikhendaki berkumpul di tapak perhimpuan tersebut untuk mendengar informasi dan maklumat yang disampaikan Guru Besar. Seterusnya perjumpaan tersebut tamat dan kami menuju ke bilik gerakan yang disediakan untuk menunggu giliran untuk mengajar. Namun hari ini saya tiada kelas untuk diajar.


Tidak sabar menunggu untuk mengajar esok=)

Hari Pertama Berpraktikum

21 Mac 2011, hari ini merupakan hari pertama aku bepraktikum di SK Seri Penanti. Dalam tidak sedar aku sudah memasuki tahun ketiga di institut perguruan. Banyak suka duka yang aku tempuhi sepanjang tempoh ini. walaubagaimanapun semua itu merupakan asam garam kehidupan.

Pada pukul 7pagi aku bertolak ke sekolah dengan menaiki motosikal bersama rakan sekelas tersayang(Yaya). Terdapat pelbagai perasaan sepanjang perjalanan ke sekolah. Kadang-kadang rasa seperti tidak percaya dimana kami akan mengajar murid-murid sebenar.

Setelah sampai disekolah kami terus mendaftarkan diri di pejabat. Disana kami berjumpa rakan semaktab yang mempunyai option yang berbeza seramai 10 orang termasuk kami.

Seterusnya kami mengikuti perhimpuanan mingguan yang diadakan. Waktu ini jari aku sejuk, nasib baik tidak beku. ini semua disebabkan perasaan menggelabah kerana ianya merupakan hari pertama aku di Sk Seri penanti dan aku juga terfikir mampukah aku menggalas tanggungjawab seorang guru. Setelah mengikuti perhimpuanan kmi bersurai dan terus ke bilik mesyuarat untuk diberikan taklimat berkaitan sekolah dan pembahagian jadual kelas.

Setelah mendapat jadual kelas kami terus mencari guru pembimbing kami untuk mendapatkan info berkaitan dengan subjek PSV, alhmdulillah beliau memberikan kerjasama dan banyak membantu kami.

Harapan agar esok dan hari-hari mendatang aku dapat menagajar dengan baik, dapat mengawal kelas, dapat memenangi hati pelajar, dapat bersabar dengan kerenah pelajar dalam erti kata lain aku dapat menjadi guru yang baik untuk anak bangsa. Insyaallah. =)

:Chayok!: